Wednesday, April 4, 2012

Aktiviti dalam kumpulan

Posted by Intelligent Girls at 4:08 PM 0 comments
Kelas CAD hari ini, kami telah masuk topik lima iaitu "Komponen-komponen CAD". Kami diminta oleh Puan Azniah untuk membentuk kumpulan yang terdiri dari lima org dalam 1 kumpulan. Setiap kumpulan diberi 6 helai sebut harga bagi perkakasan dan perisian. Kami diminta menyelesaikan latihan di dalam nota yang telah disediakan. Soalan adalah seperti berikut :
 
Katakan anda dan dua rakan anda perlu bekerja menggunakan sistem CAD, namun syarikat
tempat anda bekerja masih belum menyediakan sebarang kemudahan CAD.
 
Cadangkan kepada majikan anda satu konfigurasi umum sistem CAD yang anda dan   
rakan-rakan perlukan (dalam bentuk rajah yang sesuai). Senaraikan spesifikasi yang 
diperlukan. Rangkakan belanjawan untuk spesifikasi yang anda dan rakan-rakan cadangkan.



         Kami diberi selama 1 jam untuk berbincang dan akan membuat presentation di hadapan kelas. Hasil dari perbincangan kami, kami telah membuat belanjawan dan jumlah belanjawan yang telah diperolehi ialah sebanyak RM 28 864.00 dan pelan yang disediakan adalah seperti di bawah



Pelan yang telah di rancang
 
         Walaubagaimanapun, masih banyak kelemahan yang perlu kami perbaiki dalam belanjawan yang telah dijalankan. Setelah kesemua kumpulan buat perbentangan, perbincangan di jalankan. Kumpulan yang terbaik ialah kumpulan 5 dengan belanjawan lebih kurang RM 4++++.

 
         Kesimpulan:
         Dari hasil perbincangan, Pensyarah telah menekankan beberapa perkara dan perkakasan yang perlu dalam membina work station bagi sistem CAD tersebut. selain itu, belanjawan yang ditetapkan juga perlu relevan dengan keperluan. sebut harga amat penting untuk mendapatkan pembekal yang terbaik. Perkakasan dan perisian  yang lengkap akan memberi kemudahan kepada pereka. Kami juga telah ditekankan dengan skill ini sekiranya ingin menjadi salah seorang yang memiliki jawatan dalam IT Department.



 

:: Computer Aided Design :: © 2012 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor Vector by Webdesignhot