JENIS - JENIS PANDANGAN UNJURAN ORTOGRAFIK
1. Pandangan Atas (Pelan)
Pandangan
atas atau pandangan pelan menunjukkan bahagian atas sesuatu objek.
Pandangan dari arah ini dapat menunjukkan ukuran panjang dan lebar
objek, seperti rajah 6 di bawah.
Rajah 6
2. Pandangan Hadapan
Arah
pandangan hadapan sesuatu objek dipilih berdasarkan arah yang dapat
menunjukkan ukuran panjang dan tinggi keseluruhaan sesuatu objek sesuai
dengan kedudukan objek itu, seperti dalam rajah 7. Pemilihan arah ini
juga mengambilkira arah yang boleh menampakkan bahagian – bahagian objek
secara terus bukan secara tersembunyi, atau dalam istilah lukisan
bahagian – bahagian ini paling banyak diwakili oleh garisan sebenar dan
bukannya garisan tersembunyi.
Rajah 7
3. Pandangan Sisi
Arah
pandangan sisi yang dipilih biasanya mewakili dimensi lebar dan tinggi
objek itu. Pemilihan arah pandangan sisi ini bergantung pada arah mana
yang dapat menunjukkan bahagian – bahagian objek yang lebih banyak
dengan garisan nyata berbanding dengan garisan tersembunyi, seperti
dalam rajah 8 di bawah .
Rajah 8
0 comments:
Post a Comment