- Arah Pandangan
Setiap
pandangan ortografik dapat dihasilkan dengan mengunjurkan
garisan-garisan unjuran yang bersudut tepat kepada satah unjuran
dari objek berkenaan. Pandangan yang dihasilkan pada satah unjuran
hadapan dinamakan pandangan hadapan, seperti rajah 1
Rajah 1 Pandangan hadapan
Setiap
pandangan memerlukan satu satah unjuran. Pandangan atas merupakan satu
satah unjuran mengufuk diletakkan di atas objek dan satu lagi
pandangan boleh diunjurkan pada satah tersebut. Contoh pandangan atas
dalam rajah 2.
Rajah 2 Pandangan hadapan, atas
Untuk
melengkapkan gambaran sepenuhnya sesuatu objek satu lagi arah
pandangan diperlukan iaitu pandangan sisi kanan, seperti dalam rajah 3.
Rajah 3 Pandangan hadapan, atas, sisi
2. Satah Unjuran
Konsep ortografik menggunakan satah ujnuran dan pandangan objek yang diunjurkan pada satah tersebut. Satah unjuran utama terdiri daripada dua jenis, iaitu satah tegak dan satah mengufuk. Persilangan antara satah unjuran ini menghasilkan empat sukuan seperti dalam rajah 4.
Rajah 4 Satah Unjuran dan Sudut Unjuran Ortografik
3. 3. Objek (Benda yang dilukis)
Objek adalah benda yang akan dilukis dalam unjuran pertama atau unjuran ketiga. Objek yang dilukis mempunyai beberapa bentuk yang akan menguji pelukis dalam mendapatkan setiap pandangan, seperti rajah 5.
0 comments:
Post a Comment