Tuesday, April 3, 2012

Pengenalan Lukisan teknik

Posted by Intelligent Girls at 3:32 AM
Lukisan unjuran ortografik merupakan lukisan dua demensi kerana objek yang dilukis dengan kaedah ini akan memberikan dua dimensi ukuran iaitu lebar dan tinggi, atau panjang dan tinggi sesuatu objek. Unjuran digunakan dalam lukisan pandangan ortografik bagi menggambarkan kaedah bagaimana lukisan itu dibina. Pandangan ortografik ditakrifkan sebagai kaedah untuk memaparkan bentuk lukisan sesuatu komponen mengikut arah unjuran komponen secara tepat pada satah paparan. Tujuan unjuran lukisan ini untuk membentuk beberapa pandangan seperti pandangan pelan, hadapan, dan sisi. Terdapat dua jenis lukisan ortografik iaitu pandangan unjuran sudut pertama dan pandangan unjuran sudut ketiga. Dalam kaedah unjuran ortografik pelajar perlu peka dan tahu bagaimana untuk menetukan kedudukan pandangan-pandangan lukisan itu daripada sesuatu lukisan objek tersebut. Hasil pandangan tersebut boleh menggambarkan atau menunjukkan bentuk permukaan objek yang sebenar. Terdapat 3 arah pandangan pokok utama :-
  • Pandangan atas (pelan)
  • Pandangan depan (hadapan)
  • Pandangan samping (sisi)



0 comments:

Post a Comment

 

:: Computer Aided Design :: © 2012 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor Vector by Webdesignhot