Thursday, March 29, 2012

Peralatan Lukisan Kejuruteraan

Posted by Intelligent Girls at 3:03 AM

Papan Lukisan

Papan lukis biasanya berukuran 60 cm x 80 cm yang diperbuat papan jenis lembut. Kertas lukisan diletakkan diatas papan lukis bagi memudahkan kerja – kerja melukis dilakukan.
 

 


 Kertas lukisan.

Kertas lukisan digunakan untuk membuat sesuatu lukisan yang dilukis menggunakan pensel. Biasanya ukuran piawai ANSI ( American National Standard Institute ) bagi kertas lukisan ialah seperti berikut:


A. 8.5” x 11”               A. 9” x 12”
B. 11” x 17”                B. 12” x 15”
C. 17” x 22”                C. 18” x 24”
D. 22” x 34”                D. 24” x 36”
E. 34” x 44”                E. 36” x 48”


Sesiku T

Sesiku T boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu bahagian kepala dan bahagian bilah. Dalam kerja–kerja lukisan, sesiku T menjadi pemandu untuk membuat garisan lurus mendatar atau garisan menegak dengan perantaraan sesiku sudut. Sepanjang penggunaan sesiku T, ianya digunakan rapat dengan papan sebelah kiri. Selain itu juga, sesiku T boleh digunakan dalam keadan condong ke atas atau ke bawah untuk membuat garisan condong


Cara mengerakkan sesiku T

Jangka lukis


Jangka lukis sangat diperlukan dalam kerja – kerja lukisan kejuruteraan. Terdapat tiga jenis jangka lukis yang biasa digunakan.

i. Jangka lukis panah gergasi ( Giant bow )
ii. Jangka lukis pegas susut ( Drop spring bow )
iii. Jangka lukis tradisi dan bendul ( Electrum and Beam/trammel )

Jenis – jenis jangka lukis


Jangka lukis digunakan untuk membentuk suatu garisan bulatan atau lengkok. Jangka lukis terdiri daripada dua batang yang satu hujungnya boleh bertemu dan boleh dilaraskan. Satu hujung mengandungi jarum halus untuk diletakkan pada pusat sesuatu bulatan,atau lengkok dan hujung yang satu lagi terdapat mata pensel untuk melukis atau membentuk garisan.


Cara menggunakan jangka lukis


Pembahagi


Bentuk pembahagi hampir – hampir sama dengan jangka lukis, bezanya pembahagi mempunyai dua mata jarum. Terdapat dua jenis pembahagi iaitu:

i. Pembahagi jenis pegas
ii. Pembahagi jenis bendul dan tradisi


Jenis – jenis pembahagi


Pembahagi digunakan untuk membahagikan sesuatu jarak kepada beberapa bahagian yang sama atau untuk memindahkan sesuatu jarak sekali atau berulang – ulang. 

Cara menggunakan pembahagi untuk membahagi satu garisan


Jangka sudut


Jangka sudut adalah satu alat yang digunakan untuk mendapatkan titik sesuatu sudut yang dikehendaki atau untuk mengukur sesuatu sudut.

Jangka sudut vernier


Disebabkan penggunaan jangka sudut tidak begitu kerap, sesiku sudut digunakan sebagai pengganti. Ini kerana sesiku sudut boleh memberikan beberapa darjah sudut yang dikehendak.

Sesiku sudut



Skala/Pengukur


Skala / pengukur dalam kerja – kerja lukisan kejuruteraan bukanlah dijadikan untuk membuat garisan, tetapi hanya digunakan sebagai pengukur sahaja. Skala yang digunakan mestilah dalam satu unit sahaja bagi mengelakkan kekeliruan atau kesilapan semasa membuat pengukuran. Setelah sesuatu ukuran itu diperolehi, pensel digunakan sebagai penanda kepada ukuran tersebut. Penandaan yang lebih tepat boleh diperoleh dengan menggunakan pembahagi atau mata jangka lukis.
Pembaris/ skala

Lengkung Perancis


Lengkung ini digunakan bagi melukis garis lengkung yang tidak boleh dilukis dengan jangka lukis. Lengkung Perancis boleh didapati dalam beberapa bentuk
Bentuk – bentuk lengkung Perancis


Sebelum menggunakan lengkung Perancis, bentuk lengkung yang hendak dilukis itu perlulah dilakarkan dengan menggunakan pensel yang hitam ( HB ), tetapi garisan itu janganlah terlalu nyata. Setelah itu barulah lengkung Perancis digunakan, seperti dalam rajah di bawah. Kita perlu mencari satu bahagian daripada lengkuk itu yang selari dengan garisan lakaran yang telah dilukis.


Cara menggunakan lengkung Perancis

Pensel


Pensel boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu pensel kayu dan pensel mekanikal ( pensel tekan ). Dalam lukisan kejuruteraan, pensel mekanikal lebih sesuai digunakan. Ini kerana pensel mekanikal tidak perlu diasah dan dengan itu kerja – kerja lukisan akan menjadi kemas. Pensel boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu keras, sederhana dan lembut. Setiap bahagian digunakan untuk satu tugasan sahaja seperti yang ditunjukkan dalam jadual kumpulan pensel.

Pensel kayu dan pensel mekanikal






Getah Pemadam


Getah pemadam adalah satu alat lukisan yang perlu ada pada setiap pelajar.Ianya digunakan untuk memadam garisan yang dibentuk dengan pensel. Getah pemadam yang berkualiti tinggi diperlukan bagi mengelakkan garisan yang dipadam tidak meninggalkan kesan kepada permukaan kertas lukisan.






























0 comments:

Post a Comment

 

:: Computer Aided Design :: © 2012 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor Vector by Webdesignhot