Adakah anda tahu apa itu Lukisan Kejuruteraan?
Lukisan kejuruteraan merupakan lukisan garisan yang terdiri daripada
garisan lengkung dan lurus. lukisan kejuruteraan juga mempunyai simbol,
konvensyen dan kepiawaian tersendiri. Antara faktor yang menyebabkan mengapa
piawaian itu penting adalah kerana untuk memudahkan komunikasi dengan mereka
yang terlibat dalam bidang kejuruteraan dan menyeragamkan dari segi garisan,
simbol, kaedah mendimensi dan sistem unjuran.
Secara teknikalnya lukisan kejuruteraan boleh
dipecahkan kepada dua iaitu:
- Lukisan Mesin; Iaitu lukisan pemasangan yang dikhususkan kepada proses mencantum dan membuka komponen untuk memenuhi tujuan pembuatan, selenggaraan atau persembahan.
- Lukisan kerja; Iaitu lukisan yang menerangkan dengan terperinci bagaimana sesuatu komponen itu harus dihasilkan dan apakah yang patut dicapai oleh sesuatu pengeluaranitu. Lukisan ini juga menunjukkan sifat akhir sesuatu komponen. Lukisan ini termasuklah Lukisan Terperinci, Lukisan Butir, Lukisan Bahagian-bahagian dan Lukisan Pembuatan.
Sebelum
komputer berkembang pesat, kebanyakan lukisan kejuruteraan dilukis secara manual
iaitu menggunakan alatan lukisan kejuruteraan (Peralatan lukisan kejuruteraan).Kini, tugas melukis dipermudahkan
dengan kewujudan sistem Reka bentuk Terbantu Komputer (CAD). Namun sama ada
sesuatu lukisan itu dilukis secara manual atau dengan bantuan komputer, lukisan
berkenaan hendaklah mempunyai ciri Kebolehhasilan semula yang baik, serta
mematuhi spesifikasi lukisan dan piawaian lukisan kejuruteraan tertentu yang
telah ditetapkan.
0 comments:
Post a Comment