Saturday, March 31, 2012

Cara Melukis Lukisan Isometrik

Posted by Intelligent Girls at 8:39 PM


Mulakan dengan melihat pandangan Ortografik yang di beri.
Panjang, lebar dan tinggi lukisan ini adalah 4cm.



Pandangan Ortografik



Berikut merupakan langkah-langkah membina lukisan isometrik.
                                                                                                                


 Bina paksi isometrik 30° seperti dalam rajah. Garisan yang di bina mestilah halus dan ringkas.


Namakan setiap paksi dengan A, B dan C untuk memudahkan kita membuat lukisan. Mulakan dengan garisan menegak mengikut tinggi objek.


Teruskan dengan garisan kedua dan ketiga seperti dalam gambarajah


Kemudian, bina dua garisan selari yang sama seperti garisan pada paksi AB


Bina dua garisan selari sama seperti garisan pada paksi AC


Ini merupakan bentuk lukisan sebuah kotak isometrik mengikut panjang, lebar, dan tinggi keseluruhan objek. 


Tandakan panjang, lebar dan tinggi objek yang ingin dilikis.
Tinggi bahagian hadapan adalah 1.5 cm manakala tinggi bahagian belakang kekal 4cm.


Sambungkan titik pertama dengan titik kedua seperti yang telah ditanda sebelum ini.


Teruskan dengan garisan dari titik kedua ke titik ketiga.


Diikuti dengan garisan ketiga diantara titik keempat dengan titik kelima di bahagian atas kotak.


Bina garisan selari dengan garisan sebelum ini iaitu dimulai dengan titik di atas garisan antara titik kedua dan titik ketiga.
  

Sambungkan kedua-dua titk dengan membuat gasrisan menegak


  Lukis satu lagi garisan menegak yang selari dengan garisan pertama.


 Teruskan dengan garisan terakhir iaitu menyambung garisan yang sebelum ini dengan titik pertama.


Ini merupakan lukisan isometrik yang telah siap dan di hitamkan.




0 comments:

Post a Comment

 

:: Computer Aided Design :: © 2012 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor Vector by Webdesignhot